My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 2 November 2017

    Tawar UberPool



    Uber dijangka memperkenalkan perkhidmatan UberPool bagi pasaran tempatan bagi menggalakkan perkongsian kenderaan khususnya di kawasan bandar. Ketua Pegawai Perniagaan Asia Pasifik Uber, Brooks Entwistle berkata, pihaknya memerlukan lebih banyak pengguna aplikasi berkenaan untuk laluan perjalanan yang sama bagi membolehkan perkhidmatan seumpama itu ditawarkan.

    “Buat masa ini, penggunaan aplikasi perkongsian kenderaan seperti Uber terus meningkat, namun ia masih belum mencapai tahap yang diperlukan untuk menawarkan UberPool.

    “Untuk membolehkan ciri ini ditawarkan, ia memerlukan jumlah pengguna yang tinggi untuk laluan sama bagi membangunkan permintaan,” katanya ketika sesi temu bual dengan media Malaysia pada program Unlocking Cities, di sini, semalam.

    Daripada kajian yang dilakukan, perkongsian kenderaan di negara Asia mampu menjimatkan 63 juta kilometer pemanduan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini. Malah, antara 10 hingga 40 peratus penduduk Asia mempertimbangkan untuk tidak membeli kereta dan memilih menggunakan perkhidmatan seperti Uber.

    Selain itu, penggunaan perkhidmatan ini juga membantu mengurangkan kesesakan jalan raya sehingga 91 peratus khususnya di Kuala Lumpur. Dalam pada itu, menurutnya, dengan penggunaan teknologi, pihaknya turut menjangkakan untuk memperkenalkan perkhidmatan Uber menggunakan kenderaan tanpa pemandu.

    “Ia akan mengambil sedikit masa untuk memperkenalkan perkhidmatan seumpama ini, namun ia tidak mustahil untuk dilaksanakan. “Ia mampu membantu mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya sehingga 90 peratus yang seterusnya membantu mengurangkan kesesakan jalan raya,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tawar UberPool Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top