PELAKON popular Fazura tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan Fattah Amin seperti yang dimahukan peminatnya. Fazura berkata, setiap kata-kata peminat selama ini adalah satu doa.
"Saya okay saja dengan apa yang peminat katakan. Lagi pun mereka mendoakan perkara yang baik-baik, jadi tidak ada salahnya dan saya menerima saja. Kalau ada jodoh saya dengan Fattah, adalah.
"Saya anggap perkara ini juga berlaku disebabkan keberkesanan gandingan kami dalam drama kerana bukan mudah untuk membina keserasian," katanya ketika ditemui, hari ini. Selepas berganding dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella, peminat sering mendoakan dan berharap mereka disatukan.
Fazura berkata, bukan saja Fattah, malah dia juga akan dikaitkan dengan artis lelaki lain jika mereka digandingkan dengannya. "Mungkin sekarang mereka mahu melihat saya bersama Fattah. Mungkin apabila saya digandingkan dengan Remy Ishak selepas ini, mereka akan bercakap perkara yang sama juga.
"Lagipun jadual kerja saya sangat padat sekarang ini jadi memang tiada masa untuk berfikir soal teman lelaki," katanya.
0 comments:
Post a Comment