My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 3 November 2017

    Video : Rompakan Ala Fast And Furious



    POLIS Sweden berjaya memberkas geng ‘Fast and Furious’ yang merompak lori sedang bergerak di lebuh raya menggunakan kereta dengan gaya seperti dilakukan dalam filem lakonan Vin Diesel dan Paul Walker. 

    Kegiatan kumpulan itu terbongkar selepas syarikat perkapalan, PostNord mengesyaki barang dalam beberapa trak mereka dicuri ketika penghantaran dari Stockholm ke Gothenburg. Kebanyakan barangan yang hilang ialah komputer dan telefon pintar bernilai £224,620 (RM1.25 juta) disyaki dicuri ketika penghantaran.

    Ketua keselamatan PostNord, Alexis Larsson, berkata dia mempunyai teori atau gerak hati kecurian berlaku ketika trak bergerak namun tiada siapa percaya. Bagi membuktikan teori itu, Larsson memasang kamera keselamatan dalam beberapa trak.

    “Kami terkejut melihat pintu belakang trak dibuka dan muncul beberapa lelaki berdiri di atas bonet kereta lalu melompat masuk,” katanya di Stockholm, semalam.

    Lebih mengejutkan, kereta suspek dipandu dengan lampu dipadamkan, bergerak pada kelajuan lebih 80 kilometer sejam ketika pencuri masuk ke trak. Menurutnya, selepas beberapa kejadian dirakam, syarikat itu bekerjasama dengan polis dan memasang perangkap pada 16 September lalu.

    “Sebuah trak kami membawa kotak kosong dan bergerak di lebuh raya lokasi kecurian sering berlaku.  Apabila kumpulan berkenaan muncul polis yang bersedia di beberapa lokasi, mengepung dan menangkap mereka,” katanya.

    Menurutnya, kumpulan itu yang terdiri daripada empat lelaki berusia 30 hingga 45 tahun akan didakwa atas tuduhan mencuri.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Video : Rompakan Ala Fast And Furious Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top