My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 7 December 2017

    Bunuh Janda Anak Empat Sebab Hutang


    Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang janda anak empat yang merupakan kekasihnya di dalam sebuah kereta di Kampung Pulau Melayu di sini minggu lalu. 

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, suspek berusia 25 tahun itu ditangkap di Pusat Komersial Pelita di sini pada pukul 7.30 pagi, Isnin lalu. Menurutnya, suspek ditahan kerana mempunyai kaitan dengan wanita berusia 52 tahun yang didakwa sebagai kekasihnya. 

    “Motif pembunuhan dipercayai berkaitan dengan hutang namun siasatan masih dijalankan. Mangsa dipercayai dibunuh di dalam kereta Proton Iswara suspek dan mayatnya dibuang ke Sungai Miri,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bunuh Janda Anak Empat Sebab Hutang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top