My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 4 December 2017

    Izreen Rahsia Nikah Atas Permintaan Suami



    Pelakon popular, Izreen Azminda akhirnya secara terbuka mengakui pernikahannya dengan pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude sejak 8 Ogos lalu harus dirahsiakan daripada pengetahuan umum bagi menghornati permintaan suami. 

    Izreen atau nama sebenarnya, Izreen Azminda Mohd. Aznam, 32, berkata, dia hanya memegang amanah yang diberikan oleh Ude untuk tidak menghebohkan berita pernikahan mereka, sementara mencari waktu yang tepat untuk diumumkan.

    “Saya memahami status saya sebagai selebriti sepatutnya berkongsi berita ini dengan peminat namun dalam masa sama, saya perlu menghormati permintaan suami yang mahu kenyataan datang daripada mulutnya terlebih dahulu.

    “Alhamdulillah, saya selamat dinikahkan oleh bapa sendiri, Mohd. Aznam Mohd. Noor di Sunway Damansara pada 8 Ogos lalu dalam sebuah majlis serba sederhana,” tulisnya pada satu status dalam instagram, malam tadi.

    Dalam pada itu, pelakon Eksperimen Cinta itu turut berharap agar masyarakat tidak cepat menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui cerita sebenar tentang perkahwinannya.

    “Jika anda tidak boleh berkata yang elok buat saya, doakanlah yang terbaik untuk perkahwinan ini dan dipermudahkan semua urusan saya, suami dan madu, Intan Liana Saleh,” katanya lagi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Izreen Rahsia Nikah Atas Permintaan Suami Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top