My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 7 December 2017

    Pengabdi Setan Filem Indonesia Paling Laris Di Malaysia


    Filem seram Pengabdi Setan menjadi filem Indonesia paling laris di Malaysia apabila sudah mencatat kutipan panggung lebih RM4.8 juta selepas ditayangkan sejak 23 November lalu. 

    Masih mempunyai baki tayangan di panggung, pengarahnya, Joko Anwar berasa kagum dan terharu dengan sambutan hebat penonton di Malaysia terhadap filemnya tersebut. "Melalui laporan berita CNN Indonesia yang mewawancara produser filem, Sunil Samtani itu, sehingga Isnin (4 Disember), ia telah berjaya mencatat kutipan RM4.8 juta.

    "Ia masih ditayangkan di pawagam Malaysia dan saya optimis kutipannya akan semakin meningkat. Sekarang, ia sudah menjadi filem Indonesia yang paling laris di Malaysia," kongsi Joko kepada media melalui WhatsApp.

    Untuk rekod, filem Indonesia paling laris di Malaysia sebelum ini dipegang oleh filem Ada Apa Dengan Cinta? 2 yang mencatat kutipan panggung sebanyak RM4.6 juta. Di Indonesia, selama sekitar dua bulan ditayangkan, Pengabdi Setan ditonton lebih 4.2 juta orang sekali gus menjadikan filem tersebut sebagai. filem terlaris tahun 2017.

    Pengabdi Setan merupakan sebuah filem remake judul sama yang menjadi fenomena sekitar tahun 1980-an yang turut dibintangi aktor handalan Malaysia, Bront Palarae.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pengabdi Setan Filem Indonesia Paling Laris Di Malaysia Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top