My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 7 December 2017

    Vingada Lepas Jawatan Jurulatih Harimau Malaya



    Nelo Vingada secara rasmi telah melepaskan jawatannya sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya berikutan kemerosotan prestasi pasukan kebangsaan. Jelas Vingada, beliau bersama-sama dua pembantu jurulatihnya, Joao Arnaldo Correia De Carvalho dan Francisco Jose Bruto Da Costa tidak akan lagi terlibat secara langsung bersama Harimau Malaya bermula hari ini. 

    “Selepas mengadakan perbincangan dengan Tunku Makhota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), saya dengan ini bertanggungjawab di atas prestasi pasukan kebangsaan.

    “Atas rasa tanggungjawab dengan apa yang telah berlaku itu, saya dengan ini mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih kebangsaan berkuat kuasa serta merta dan Tunku Presiden sendiri telah menerima keputusan yang saya buat ini.

    “Saya ingin memaklumkan juga bahawa dua pembantu yang saya bawa bersama ke sini iaitu Joao Arnaldo Correia De Carvalho dan Francisco Jose Bruto Da Costa turut bersama melepaskan jawatan mereka, masing-masing selaku penolong jurulatih dan jurulatih kecergasan skuad kebangsaan.

    “Akhir kata pada kesempatan ini, saya berharap dan berdoa agar bola sepak Malaysia kembali bersinar selepas ini dan saya berbangga kerana dapat menjadi sebahagian warga bola sepak Malaysia biarpun dalam tempoh masa yang agak singkat ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Vingada Lepas Jawatan Jurulatih Harimau Malaya Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top