My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 17 February 2016

    Babun Dituduh Merogol Pelajar Sehingga Maut




    Seorang pengawal keselamatan bergelar Babun sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan merogol pelajar perempuan berusia 17 tahun yang juga bekas kekasihnya pada Oktober tahun lalu. 

    Tertuduh, Tarmizi Yaakob, 21, langsung tidak memberi sebarang pengakuan atau respon kepada jurubahasa ketika membacakan pertuduhan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati.

    Dia yang berdiri di kandang tertuduh dilihat hanya menundukkan kepalanya tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata termasuk langsung tidak mendongak wajahnya ke hadapan sepanjang prosiding mahkamah dijalankan mulai pukul 8.30 hingga 10.30 pagi itu.

    Bukan itu sahaja, penampilannya daripada segi saiz bentuk muka juga didapati semakin berisi berbanding hari pertama ketika dihadapkan ke mahkamah pada November tahun lalu.

    Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol Intan Suraya Mawardi di rumah keluarganya dekat Teluk Kumbar di sini antara pukul 7.30 pagi dan 7.30 malam pada 25 Oktober 2015. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama 20 tahun atau denda atau kedua-duannya sekali jika disabit bersalah.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Babun Dituduh Merogol Pelajar Sehingga Maut Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top