My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 17 February 2016

    Giliran Ted Cruz Pula Di Cerca Trump




    Pendahulu senarai calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Republikan, Donald Trump kelmarin memberi amaran akan menyaman pesaingnya, Ted Cruz sekiranya senator dari Texas itu gagal menarik balik ‘iklan fitnahnya’. 

    Trump yang kempen politiknya dicemari dengan kata-kata cacian, menggelar Cruz sebagai ‘sewel’ dan juga ‘pembohong paling besar pernah ditemuinya’ dalam arena politik dan kehidupan. “Sebelum ini, saya pernah menemui penipu-penipu besar (tetapi mereka tidak sehebat Cruz),” katanya.

    Bercakap pada sidang akhbar di Carolina Selatan, Trump berkata, beliau boleh “melawan balik” dengan mengemukakan tindakan undang-undang terhadap Cruz kerana ahli politik itu dilahirkan di Kanada sekali gus hilang kelayakan untuk menjadi Presiden AS.

    “Sekiranya beliau tidak menurunkan iklan-iklan fitnahnya dan menarik balik pembohongannya, saya akan kemukakan saman ini serta-merta,” tegas Trump.

    Cruz memperoleh kemenangan awal dalam pemilihan Parti Republikan di negeri Iowa awal bulan ini, beberapa bulan menjelang Pilihan Raya Presiden AS pada 8 November depan. Cruz kerap menyelar Trump berhubung beberapa isu utama di samping menuduh bilionair itu akan melantik calon-calon liberal untuk menjadi hakim Mahkamah Agung AS sekiranya menduduki White House.

    Trump sebaliknya menuduh Cruz memutarbelitkan kenyataannya. Beliau mahu Jawatankuasa Kebangsaan Parti Republikan (RNC) campur tangan untuk menghalang Cruz daripada terus memesongkan komennya berhubung isu pengguguran bayi, hak pemilikan senjata api dan penjagaan kesihatan.

    “Kesimpulannya, RNC dikawal pentadbiran dan kepentingan tertentu. Saya telah menandatangani ikrar bersama mereka tetapi ikrar ini berat sebelah,” tegas Trump.

    Beliau sebelum ini menandatangani ikrar bersama RNC untuk setuju tidak bertanding sebagai calon bebas dan menyokong calon pilihan Parti Republikan, manakala RNC pula berjanji untuk memastikan kempen politik itu berjalan secara adil dan telus.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Giliran Ted Cruz Pula Di Cerca Trump Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top