My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 16 February 2016

    Barangan Kemas Imelda Marcos Bakal Dilelong


    Kerajaan Filipina meluluskan pameran dan lelongan awam koleksi barangan kemas milik balu mendiang diktator Ferdinand Marcos, Imelda yang dianggarkan bernilai AS$21 juta (RM86.75 juta) kata pegawai semalam.

    Koleksi berangan kemas itu dirampas ketika Marcos dan keluarganya melarikan diri ke Hawaii pada 1986 ketika kebangkitan rakyat yang menamatkan pemerintahannya selama dua dekad.

    Antara barangan kemas yang dirampas termasuklah berlian 25 karat berharga sekurangnya AS$5 juta (RM20.65 juta) dan tiara berlian Cartier yang dianggar bernilai lebih AS$50,000 (RM206,552).


    Ketua suruhanjaya yang ditugaskan merampas harta keluarga Marcos, Andrew de Castro berkata, pameran dan lelongan itu dirancang diadakan sebelum penggal pemerintahan Presiden Benigno Aquino tamat pada Jun ini.

    Majlis Penswastaan yang diketuai Jabatan Kewangan pada minggu lalu meluluskan penjualan barangan kemas berkenaan.

    Sebahagian barangan kemas itu dirampas di istana presiden selepas keluarga Marcos melarikan diri.
    Sejumlah lagi barangan kemas dirampas di Hawaii dan di lapangan terbang Manila.

    “Barangan kemas yang dirampas ini menjadi manifestasi salah guna kuasa Marcos sepanjang pemerintahannya,” kata pengerusi majlis berkenaan, Richard Amurao.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Barangan Kemas Imelda Marcos Bakal Dilelong Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top