My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 16 February 2016

    Laluan Sutera Kini Di Hidupkan Semula


    Satu ketika dahulu, Laluan Sutera begitu terkenal di seluruh dunia. Laluan yang merentasi sekurang-kurangnya 7 buah negara ini dikenali sebagai laluan paling singkat merentasi Parsi menuju ke China.

    Dipercayai, laluan ini adalah yang tertua di dunia yang paling kerap di lalui oleh para kabilah-kabilah arab dan pedagang dari China merentasi antara satu sama lain samada untuk tujuan perniagaan mahupun dalam usaha menyebarkan agama. Malah laluan ini cukup di ingati kerana kegiatan lanun daratnya yang begitu kejam melakukan keganasan di sepanjang laluan ini.



    Kini, laluan ini kembali cuba dibuka semula. Menurut televisyen kebangsaan Iran melaporkan, kereta api komersial China pertama tiba di Teheran semalam dalam usaha menghidupkan semula Laluan Sutera, rangkaian perdagangan kuno yang merentasi Asia.

    Timbalan Menteri Pengangkutan Iran, Mohsen Pourseyed Aghaie berkata, kereta api membawa 12 kontena itu tiba di Teheran selepas perjalanan 14 hari dari timur China.

    Katanya, pengangkutan rel itu menjimatkan waktu transit berbanding perjalanan melalui laut dari Shanghai ke pelabuhan di Iran. Sehubungan itu, katanya, Iran merancang memperluas laluan itu ke Eropah.

    Presiden Iran, Hassan Rouhani berkata, negara itu akan meneruskan hubungan baiknya dengan Timur walaupun mengorak perjanjian dengan negara Barat seperti Perancis serta Itali.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Laluan Sutera Kini Di Hidupkan Semula Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top