My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 17 February 2016

    Bersediakah BN Sarawak Menghadapi PRN Ke 11?




    Umum mengetahui bahawa negeri Sarawak akan mengadakan Pilihan Raya Negeri mereka pada sekita bulan April nanti. Kesemua parti politik yang ada di negeri Sarawak kini sedang sibuk mengadakan persiapan rapi bagi menghadi Pilihan Raya yang dijangka bakal menentukan hala tuju pentadbiran negeri selepas ini.

    Di pihak Barisan Nasional negeri terutamanya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), mereka pastinya menjadi parti yang paling sibuk mengatur kedudukan calon yang bakal bertanding. Malah, bahan-bahan kempen juga sedang giat diatur agar kesemua calon yang dipertandingkan memperolehi kemenangan mutlak pada Pilihan Raya kali ini.

    Apa yang dihajatkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem adalah kemenangan mutlak Barisan Nasional negeri bagi membolehkan beliau meneruskan apa yang telah dirancang oleh beliau sejak mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Pehin Abdul Taib Mahmud. Persoalannya disini, sudah bersediakan jentera pilihan raya Barisan Nasional dan PBB dalam menmpuh hari besar ini?

    Daripada apa yang dilaporkan di dada akhbar hari ini, momentum pilihan rakyat hari ini lebih terarah kepada kekuatan yang ada kepada Tan Sri Adenan Satem. Ini kerana, beberapa dasar beliau yang dilihat begitu disenangi oleh rakyat negeri Sarawak terutamanya dasar mengutamakan kebajikan penduduk luar bandar.

    Paling utama, beberapa hak milik Sarawak seperti hak autonomi pendidikan dan pemilikan hartanah juga kini semakin dberi perharian oleh kerajaan pusat hasil daripada inisiatif yang dilakukan oleh Tan Sri Adenan. Namun, momentum ini mungkin akan terganggu akibat daripada kempen agresif parti pembangkang terutamanya DAP di Sarawak.

    Amat jarang didedahkan bagaimana DAP bergerak menyusup masuk kehampir setiap perkampungan Bidayuh dan Iban di Sarawak. Asalkan ada majlis keramaian atau semasa umat Kristian bersembahyang pada setiap hari Ahad, DAP akan menpergunakan masa ini untuk berkempen. Malah ada diantaranya turut menggunakan dana yang ada di gereja bagi mengisi tabung kempen mereka.

    Hal ini bukan lagi rahsia, malah Pengerusi DAP negeri, Chong Chieng Jin juga tidak pernah walau sekalipun menafikan dakwaan ini. Misi propaganda yang mereka lakukan sebenarnya sudah cukup lama, sebelum memasuki tahun 2016 lagi mereka sudah aktif bergerak masuk ke kampung-kampung pendalaman.

    Inilah yang dibimbangkan tentang bagaimana persediaan Barisan Nasional negeri terutamanya PBB dalam melancarkan jentera piliharaya mereka. Adakah dengan menunggu saat-saat terakhir baru menggerakkan sepenuhnya jentera pilihan raya mereka? Jika itu yang difikirkan, seharusnya mereka berfikir semula keran tindakan itu nyata begitu lambat untuk menangani dakyah songsang pembangkang.

    Bergantung penuh kepada populariti yang ada pada Tan Sri Adenan juga merupaka satu tindaka ynag cukup merbahaya kepada masa depan PBB dan Barisan Nasional di Sarawak. DAP pastinya sedaya upaya mewujudkan persepsi negatif terhadap Ketua Menteri dan ini tidak seharusnya dipandang mudah oleh mana-mana jentera pilihan raya negeri.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bersediakah BN Sarawak Menghadapi PRN Ke 11? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top