My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 18 February 2016

    Dibelasah Selepas Belanja 20 Tin Bir



    Keikhlasan seorang lelaki membelanjakan 20 tin bir kepada sekumpulan tiga lelaki tidak dikenali membawa malang apabila dia dibelasah teruk di sebuah kedai kopi di Jalan Wawasan di sini, malam kelmarin. 

    Dalam kejadian sekitar jam 10 malam, mangsa, 25, dan berasal dari Batu 25, Jalan Oya dekat sini dikatakan berseorangan di kedai kopi terbabit apabila didatangi tiga lelaki dipercayai Iban yang memaksanya membelanja mereka minum.

    Mangsa yang bekerja sebagai mekanik kemudian membelikan 20 tin bir kepada tiga lelaki berkenaan. Selepas menghabiskan minuman berkenaan, salah seorang daripada lelaki itu mengajak mangsa pergi bersama ke sebuah pusat hiburan untuk berkaraoke tetapi mangsa menolak. Menurut mangsa, dia menolak ajakan mereka kerana dia sudah kehabisan wang.

    “Saya kemudian menasihatkan agar mereka pulang ke rumah tetapi mereka sebaliknya bertindak marah sehingga menumbuk bertubi-tubi ke muka dan badan saya,” katanya.

    Bagaimanapun, pengadu sempat mencatat nombor pendaftaran kereta Perodua Kancil dinaiki tiga lelaki terbabit. Akibat dipukul, pengadu mengalami lebam di muka serta kedua-dua belah mata dan kes tersebut telah dilaporkan di Balai Polis Sentral pagi semalam. Mangsa kemudian dinasihat untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sibu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dibelasah Selepas Belanja 20 Tin Bir Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top