My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 14 July 2016

    Acara Tahunan Daripada Indonesia Bakal Menjengah Malaysia Tidak Lama Lagi



    Sejak berbelas tahun lamanya, Malaysia pasti akan menerima satu lagi iklim cuaca yang cukup merimaskan yang dipanggil sebagai musim jerubu. "Iklim dan cuaca" sebegini dilihat pasti akan datang diantara bulan Mei sehingga Oktober setiap tahun dimana sepanjang 5 bulan ini, rantau Asia Tenggara bakal mengalami musim panas dan kering.

    Ditambah lagi dengan kesan El Nino yang masih belum hilang sepenuhnya dari rantau ini, keadaan pastinya akan bertambah buruk andai tradisi biasa pekebun Indonesia yang gemar membakar sesuatu kawasan hutan untuk memulakan musim bercucuk tanam mereka bakal bermula.

    Sehingga artikel ini ditulis, tompok panas yang menandakan sudah wujud pembakaran terbuka sudah berlangsung di Sumatera dan Daerah Kalimantan. Walaupun kesannya masih belum lagi kelihatan di Malaysia, namun seperti tahun-tahun lalu, "produk kesihatan" dari Indonesia ini pasti akan melanda negara tidak lama lagi andai pembakaran ini gagal dikawal.

    Di Malaysia, kerajaan sentiasa memantau sebarang aktiviti pembakaran secara terbuka dimana sebarang pembakaran yang dilakukan, walau apa jua alasan, pasti akan mendapat perhatian daripada kerajaan. Namun lain pula halnya di Indonesia, walaupun Presiden Indonesia, Joko Widodo melarang keras sebarang pembakaran secara terbuka, penduduk di sana amat sukar meninggalkan amalan tradisi mereka.

    Mengambil iktibar peristiwa jerubu teruk tahun lalu, kerajaan Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina dan Brunei menuntut komitmen tegas kerajaan Indonesia daripada mengeksport jerubu ke negara rakan rantau Asia Tenggara.

    Namun daripada keadaan semasa di Sumatera dan Kalimantan, keadaan masih belum benar-benar berubah dimana kesedaran rakyat Indonesia yang masih mengamalkan cara penerokaan menerusi pembakaran terbuka mengikut tradisi, masih sukar dihakis.

    Ini menjadikan rantau Asia Tenggara bakal menghadapi sekali lagi jerubu dan sekaligus menyebabkan iklim dan suhu dirantau ini menjadi lebih panas daripada biasa. Melihat daripada amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kaji Cuaca Indonesia dan Malaysia, jerubu pasti akan datang kerantau ini seperti biasa.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Acara Tahunan Daripada Indonesia Bakal Menjengah Malaysia Tidak Lama Lagi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top