My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 14 July 2016

    Akhirnya, Mahathir Bakal Menubuhkan Parti Baharu



    Setelah beberapa bulan melancarkan serangan terhadap kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dari luar, akhirnya, Tun Dr Mahathir dikhabarkan bakal menubuhkan sebuah parti politik baharu bagi meneruskan perjuangan songsangnya yang ingin melihat kerajaan yang ada pada hari ini runtuh.

    Perkara ini disahkan sendiri oleh orang paling setia dengan beliau, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang mendakwa, Tun M bakal menubuhkan sebuah parti baharu. Menariknya, tindakan ini terpaksa dilakukan oleh Tun M berikutan tiada parti politik yang menganggotai Pakatan Harapan, sudi menerima kehadiran Tun M didalam parti mereka.

    Lebih menyedihkan, walaupun ada perlawaan daripada beberapa pihak didalam Pakatan Harapan untuk bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk menyertai Pakatan Harapan, namun, PAN membantah keras andai ada ura-ura mahu meletakkan Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

    Melihat kepada reaksi ramai pihak terhadap tindak tanduk Tun M semasa bertindak menghentam kerajaan, tidak menjadi suatu perkara yang menghairankan apabila tiada walau satu partipun yang sudi menerima kehadiran beliau, walaupun Tun M dilihat begitu rapat dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

    Inilah yang mendorong Tun M menubuhkan sebuah parti politik baru bagi mengumpul semua yang setia dengannya bagi membolehkan beliau menyusun strategi menyerang kerajaan menerusi semua "sampah-sampah" yang telah dibuang daripada UMNO.

    Ini sekaligus mengulangi sejarah yang dilakukan oleh Tengku Razaliegh Hamzah yang bertindak meninggalkan UMNO dan seterusnya menubuhkan Semangat 46 pada awal 1990 an. Pastinya, berita ini disambut penuh gembira oleh para pentaksub Tun M yang masih lagi tidak dapat melupakan memori dimana Tun M menjadi Presiden parti.

    Cuma, tidak dapat dipastikan adakah Tun M akan bergabung dengan Pakatan Harapan bagi menyeragamkan perjuangan mereka. Juga tidak dapat dipastikan, adakah ketiga-tiga parti yang menganggotai Pakatan Harapan menerima kemasukan parti baru ciptaan Tun M dan sekaligus menutup terus sebarang peluang untuk PAS menyertai semula Pakatan Harapan.

    Sekalung tahniah untuk Tun M yang akhirnya akur kepada desakan ramai pihak yang mahu melihat beliau menubuhkan parti sendiri dan sekaligus membuktikan keberaniannya dalam bersaing dan usahnya mahu menjatuhkan kerajaan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Akhirnya, Mahathir Bakal Menubuhkan Parti Baharu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top