Tiada siapa yang dapat melupakan bagaimana Muktamar PAS kali ke 60 di Kuala Selangor tahun lalu yang memutuskan untuk tidak lagi meneruskan tahaluf siyasi mereka dengan DAP sehingga menyaksikan imej PAS begitu teruk dihina oleh DAP berikutan keputusan berkenaan.
Sejak dari itu, semua pemimpin DAP begitu galak menghina PAS sehingga melabelkan PAS sebagai parti kampung yang hanya mempu kekal berkuasa di Kelantan, bukan untuk berkuasa di Malaysia. Malah PAS juga pernah dipandang DAP sebagai sebuah parti radikal Islam yang kini mengganas di rantau Asia Barat.
Perkara ini diteruskan dengan penghinaan berterusan pemimpin DAP sehinggalah PAN yang menjadi hamba suruhan DAP, tewas di dua Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Bermula dari situlah, pemimpin DAP mula mengendurkan serangan mereka kepada PAS dan mula memujuk PAS untuk menyertai semula Pakatan Harapan.
Tindakan itu dipercayai dilakukan kerana DAP kini sudah mula hilang keyakinan terhadap kemampuan PAN dalam meraih sokongan daripada kaum Melayu. Malah, dikhabarkan, PKR tidak mempunyai halangan andai PAS kembali ingin menyertai Pakatan Harapan semula.
Dalam satu perkembangan, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan menawarkan "gencatan senjata" kepada semua pemimpin Pakatan Harapan dan sekaligus membuka semula pintu rundingan antara mereka. Kenyataan ini sekaligus menampakkan PAS terpaksa akur kapada kuasa yang ditawarkan oleh pemimpin Pakatan Harapan kepada mereka.
Dalam kenyataan berkenaan juga, PAS menawarkan gencatan senjata berkenaan bagi membolehkan Pakatan Harapan dan PAS kembali duduk semeja dalam merencanakan gerakan khusus untuk menumbangkan musuh sebenar mereka iaitu BN.
Namun begitu, tidak dapat dipastikan adakah ini sememangnya pendirian terbaharu PAS dan ianya dipersetujui oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Jika perkembangan ini benar-benar menjadi kenyataan, ini bermakna barisan kepimpinan PAS jelas mengkhianati keputusan Muktamar PAS tahun lalu dan seruan daripada Mursyidul Amnya sendiri, Datuk Harun Din.
Lebih menjengkelkan apabila PAS sanggup menjilat ludah mereka sendiri dikaki DAP yang pernah mereka labelkan sebagai perosak kepada perpaduan Ummah. Nyata sekali, PAS tidak pernah untuk belajar dari terus membuat keputusan yang tidak kosisten. Gambaran PAS amat gemar membuat U-Turn dalam setiap keputusannya jelas dapat dilihat pada kali ini.
0 comments:
Post a Comment