Penubuhan UMNO sejak dari 1946 telah meperlihatkan begitu banyak pemimpin yang lahir dan telah pergi meninggalkan UMNO atas pelbagai alasan. Dimulakan dengan pengunduran pengasasnya, Datuk Onn Jaafar kerana kegagalannya memperolehi sokongan bagi membuka keahlian UMNO kepada kaum lain, satu demi satu pemimpin UMNO pergi meninggalkan UMNO.

Hanya pada tahun 1959 barulah beliau berjaya menawan kerusi Parlimen Kuala Terengganu, itupun hasil bantuan daripada PAS. Tidak terkecuali nasib yang menimpa Tun Dr Mahathir Mohamed sewaktu beliau dibuang daripada UMNO berikutan tindakan biadabnya mencela Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman menerusi surat terbukanya.
Sepanjang 6 tahun menjadi orang terbuang, pelbagai cara dilakukan olehnya untuk kekal dalam arus politik negara. Ini termasuklah tindakannya berceramah diatas pentas PAS sewaktu Pilihan Raya Umum ke 5. Namun, semua usahanya gagal dan akhirnya beliau kembali kepada kerjaya asalnya sebagai seorang Doktor.
Sehinggalah, "dosa-dosanya" diampunkan oleh Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia kedua. Tun Abdul Razaklah yang bertanggungjawab membawa masuk Tun M kembali kedalam UMNO sehingga akhirnya dilantik sebagai Perdana Menteri keempat.

Kesemua mereka kecuali Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama beberapa pemimpin UMNO yang lain, kembali semula kedalam UMNO dan seterusnya dapat mengembangkan semua karier politik mereka. Bagi Anwar pula, sehingga kini, beliau masih gagal membawa PKR bersama-sama Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum.
Terbaharu, Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz pula disingkirkan daripada UMNO. Semuanya adalah akibat kesilapan diri mereka sendiri yang memilih untuk menjadi pengkhiat terhadap UMNO dan kerajaan yang mereka sendiri wakili. Mereka lebih senang berjuang dibawah panji Tun M yang secara jelas sudah meninggalkan UMNO buat kali ketiga.
Muhyiddin kini dilihat menjadi jurucakap kepada pembangkang dimana beliau sendiri sehingga kini masih gagal membuktikan pengaruh kuatnya di Pagoh dan UMNO negeri Johor khasnya. Bagi Mukhriz pula, tiada walau satupun cawangan mahupun bahagian UMNO di Kedah atau dimana-mana negeri ditutup sebagai tanda solidariti mereka bersama anak kepada Tun M ini.

Jadi untuk apa beliau terus mengalunkan drama kononnya beliau tidak diberikan keadilan? Pastinya, kini, ketiga-tiga mereka masih berusaha untuk bangkit semual diluar daripada UMNO. Andai mereka melihat semula sejarah mereka yang meninggalkan UMNO, mereka pasti tahu, tidak akan ada jalan bagi mereka untuk kembali bangkit dalam arus politik tanah air.
Jadi tidak salah untuk mengucapkan, selamat tinggal dan selamat bersara untuk ketiga-tiga ahli politik pengkhianat UMNO ini.
0 comments:
Post a Comment