My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 13 July 2016

    Tolong Hormati Sensitiviti Islam - Datuk Seri Liow Tiong Lai



    Isu membabitkan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang secara terang-terangan menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, benar-benar telah menimbulkan kemarahan ramai pihak. Ramai yang menganggap, tindakan Kor Ming yang memuat naik karikatur penghinaan berkenaan sebagai biadab dan tidak bertamadun.

    Mengulas akan hal ini, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut membidas sikap biadab yang ditunjukkan oleh Ahli Parlimen Taiping berkenaan. Ujar beliau, sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, sewajarnya semua pihak saling hormat menghormati sensitiviti keagamaan antara satu sama lain.

    Beliau kesal dengan sikap Kor Ming yang secara jelas mempersendakan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh semua umat Islam di negara ini. Ini jelas bertentangan dengan semangat 1 Malaysia yang diterapkan oleh Datuk Seri Mohd Najib dan paling utama, Kor Ming jelas langsung tiada rasa hormat terhadap perayaan sesuatu kaum di Malaysia.

    Ujar beliau, MCA selaku salah sebuah parti gabungan didalam Barisan Nasional, sentiasa mengamalkan sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain. Bagi beliau, semangat ini harus dipupuk terhadap semua kaum di Malaysia dan ianya dapat mengelakkan sebarang salah faham atau ketegangan kaum wujud hasil daripada sikap biadab sesetengah pihak.

    Tegas beliau, Kor Ming dan mana-mana pemimpin DAP yang lain wajar meminta maaf kepada kaum Melayu secara terbuka bagi mengelakkan salah faham dan ketegangan sebegini semakin melarat. Apa yang penting, ujarnya, perpaduan rakyat Malaysia tanpa mengira apa pun faham politik harus diutamakan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tolong Hormati Sensitiviti Islam - Datuk Seri Liow Tiong Lai Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top