My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 11 July 2016

    Demi Politik, Mahathir Tidak Boleh Beza Hari Raya Dan Hari Biasa



    Sebaik sahaja umat Islam di negara ini malafazkan takbir dan menunaikan solat sunat Aidilfitri, tradisi kunjung mengunjung dan saling maaf bermaafan dilakukan secara lazimnya. Seboleh-bolehnya, pada hari berkenaan segala perselisihan cuba dilupakan dan segala permusuhan dileraikan demi persaudaraan sesama Islam.

    Namun lain pula halnya dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed. Sebaik sahaja segalanya usai dilakukan, dalam satu perutusan rasmi Hari Raya Aidilfitri, beliau sekali lagi mengungkit segala cerita fitnah dan rekaannya hanya semata-mata mahu umat Islam di negara ini kekal memperkatakan tentang isu RM 2.6 bilion, 1MDB dan sebagainya.

    Dimanakan pertimbangannya sebagai salah seorang penganut agama Islam disebalik kata-kata hasutannya ini? Adakah beliau mahu semua rakyat Malaysia membawa dan menjaja isu ini sewaktu mereka sedang kunjung mengunjung di rumah jiran dan sanak saudara mereka?

    Seperti cuba mengambil kesempatan sewaktu semua pihak sedang bercuti, tanpa rasa jemu, Tun M kekal dengan perangainya yang mahu melihat sesiapa sahaja yang enggan mendengar arahan dan kemahuannya, dijatuhkan walaupun pada ketika itu, semua pihak sedang bergembira menyambut Aidilfitri.

    Adakah Tun M fikir, dengan perutusannya ini, kedudukan Perdana Menteri akan dijatuhkan dengan begitu mudah? Adakah beliau fikir, Aidilfitri ini wajar disulami dengan permusuhan politik yang berpanjangan?

    Sememangnya tidak wajar selaku seorang yng cukup lama memerintah Malaysia melakukan perkara sedemikian. Walaupun Datuk Seri Mohd Najib begitu hebat dihentam oleh beliau, namun dalam perutusan Hari Raya beliau, beliau langsung tidak menyentuh walau sedikit pun fitnah yang dijaja oleh Tun M terhadap dirinya.

    Inilah yang membezakan antara orang yang bermaruah dan tahu meletakkan sesuatu perkara di tempat yang betul berbanding orang yang sudah tidak memperdulikan maruahnya hanya kerana mahu memuaskan hati dan nafsunya sahaja.

    Bermuhasabahlah Tun M. Permusuhan yang dicipta olehnya tidak akan dapat menjernihkan suasana. Malah ianya bakal memburukkan keadaan disaat umat Islam hari ini begitu hebat diasak dari semua arah. Adakah Tun M lebih rela meletakkan dirinya setaraf kafir harbi seperti yang disebut oleh Mufti Pahang pada bulan lalu?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Demi Politik, Mahathir Tidak Boleh Beza Hari Raya Dan Hari Biasa Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top