My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 3 August 2016

    Beribu-Ribu Pekerja Asia Terkandas Di Arab Saudi




    Beribu-ribu rakyat India, Filipina dan Pakistan terkandas di Arab Saudi selepas mereka dibuang kerja ekoran kejatuhan mendadak harga minyak dunia, kata beberapa pegawai dan aktivis semalam. 

    Sebilangan rakyat Filipina itu terpaksa mengemis kerana kelaparan selepas mereka berbulan-bulan tidak dibayar gaji, kata pengerusi kumpulan aktivis Migrante, Garry Martinez. Migrante membantu berjuta-juta pekerja Filipina di seluruh dunia.

    “Sebahagian yang lain pula terpaksa menyelongkar tong sampah untuk mencari makanan,” katanya. Dalam pada itu, India kelmarin menyatakan, ia sedang berunding dengan pihak berkuasa Arab Saudi untuk membawa pulang rakyatnya selepas mereka hilang pekerjaan dan tiada wang untuk kembali ke tanah air.

    Menteri Luar India, Sushma Swaraj memberitahu Parlimen di New Delhi bahawa beliau telah menghantar seorang menteri muda ke Riyadh selepas terdapat laporan kira-kira 10,000 pekerja India di Arab Saudi kini kelaparan.

    Di Manila pula, penyelaras Migrante, Gilbert Saludo berkata, seramai 20,000 warga Filipina dikhuatiri terkandas di Arab Saudi. Menurutnya, pekerja Filipina itu dibimbangi tidak dapat terus bertahan walaupun Manila memberikan bantuan kewangan kepada mereka.

    Jiran India, Pakistan menyatakan, seramai 8,520 rakyatnya yang bekerja di Arab Saudi masih tidak menerima gaji selama beberapa bulan. Menurut Islamabad, kebanyakan pekerja itu mahu pulang ke Pakistan tetapi selepas menerima tunggakan gaji masing-masing.

    Kedutaan Pakistan mewujudkan sebuah pusat dan dana khas bagi membekalkan makanan, ubat dan tempat perlindungan kepada mereka.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Beribu-Ribu Pekerja Asia Terkandas Di Arab Saudi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top