SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sebuah kapal terbang kepada kelab bola sepak Johor Darul Takzim (Johor DT) semalam. Baginda menghadiahkan kapal terbang model Gulfstream 550 yang akan digunakan oleh para pegawai dan pemain kelab tersebut dalam mengharungi kempen Liga Malaysia serta Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Pengurniaan kapal terbang itu mencatatkan sejarah baharu dalam arena bola sepak tempatan dengan menjadikan kelab Johor DT sebagai kelab pertama di Malaysia mempunyai pengangkutan udara sendiri. Bagaimanapun, kapal terbang tersebut dijangka diserahkan kepada kelab berkenaan pada pertengahan tahun depan.
Kapal terbang Gulfstream 550 merupakan model jet peribadi yang dibangunkan Gulfstream Aerospace yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Harga terkini model kapal terbang tersebut adalah antara AS$48 juta hingga AS$61 juta (RM196 juta hingga RM269 juta).
Kapal terbang dengan kelajuan 459 knot itu boleh dikemudi dua juruterbang dan mampu menampung 19 penumpang serta bergerak sejauh 12,000 kilometer.
0 comments:
Post a Comment