Seorang lelaki membuat laporan polis selepas menerima ugutan ancaman nyawa melalui panggilan telefon bimbit daripada seorang lelaki tidak dikenali. Mangsa berumur awal 30-an memberitahu, pemanggil tersebut yang tidak memperkenalkan identiti sebenar meminta ganti rugi berjumlah RM150,000 kerana mangsa mengganggu isteri orang.
Pemanggil tersebut dikatakan tahu mangsa ditahan polis dalam satu operasi Ops Noda semasa menginap di sebuah hotel di sini bersama seorang wanita dipercayai isteri orang pada Isnin lalu.
Menurut mangsa, pemanggil terbabit juga mengugut mengancam nyawanya jika permintaannya tidak ditunaikan. Mangsa yang kembali ke Balai Polis Sentral Sibu selepas dibebaskan dengan ikat jamin polis pagi semalam, berkata dia sangat bimbang selepas menerima panggilan tersebut.
Oleh kerana tiada pilihan lain, mangsa mengambil keputusan membuat laporan polis selepas tidak mampu memenuhi permintaan lelaki misteri itu selain bimbang keselamatannya terancam.
0 comments:
Post a Comment