Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal korek dipercayai milik sebuah syarikat China bersama tujuh kru yang sedang melakukan kegiatan mencuri pasir di lokasi 8 batu nautika dari perairan Tanjung Keling di Selat Melaka kelmarin.
Ketua Penguat Kuasa APMM Daerah Kuala Linggi, Kepten Maritim Mazlan Mat Rejab berkata, kapal Jing Hui 2 dan tujuh kru berusia 34 hingga 60 tahun termasuk ketuanya ditahan pada pukul 5.55 petang menerusi OpsSatria Selatan.
Menurut beliau, kejayaan menahan kapal tersebut hasil maklumat orang awam yang curiga dengan kehadiran sebuah kapal yang dikendali warga China di perairan Tanjung Keling. “Semasa pemeriksaan, kesemua kru kapal warga China terbabit gagal mempamerkan lesen dan dokumen kebenaran mengorek pasir di kawasan berkenaan.
“Semua warga asing berkenaan ditahan bagi membantu siasatan manakala kapal Jing Hui 2 pula diarah bersauh di pesisir pantai Tanjung Keling untuk mengetahui aktivitinya sepanjang berada di perairan itu,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment