My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 6 August 2016

    Rancang Serang Singapura Gagal


    Polis Indonesia menangkap enam suspek militan berhubung rancangan untuk melancarkan serangan roket terhadap kawasan pelancongan di Singapura. Singapura mengesahkan ia menyedari mengenai rancangan itu dan berkata, kawalan keselamatan sudah ditingkatkan. 

    Keenam-enam suspek berkenaan yang berusia antara 19 dan 46 tahun ditahan di Batam, kata jurucakap polis Indonesia, Agus Rianto. Lelaki yang didakwa mengetuai kumpulan itu, Gigih Rachmad Dewa dituduh merancang serangan, bersama Bahrun Naim, militan terkenal Indonesia yang kini dipercayai berada di Syria kerana menyertai kumpulan pengganas Daish.

    Seorang lagi jurucakap, Boy Rafli Amar berkata, sasaran kumpulan itu ialah Marina Bay, tempat terletaknya Marina Bay Sands, kompleks mewah terdiri daripada pusat beli-belah, hotel dan kasino. Dalam satu kenyataannya, Kementerian Dalam Negeri Singapura berkata, ia menyedari rancangan dibuat suspek yang ditahan pihak berkuasa Indonesia itu.

    “Sebagai reaksi kepada ancaman itu, polis dan agensi lain meningkatkan kawalan keselamatan di Singapura, termasuk di sempadan republik ini,” menurut kenyataan berkenaan. Indonesia sudah sekian lama bergelut dengan ancaman keganasan serta mengalami beberapa serangan sepanjang 15 tahun lalu, termasuk pengeboman di Bali pada 2002 yang meragut 200 nyawa.

    Tindakan yang dilancar berjaya melemahkan rangkaian beberapa kumpulan militan. Bagaimanapun, Daish terbukti menjadi ancaman baru terhadap negara itu hingga berjaya menarik ratusan rakyatnya untuk ke Syria dan Iraq bagi menyertai keganasan kumpulan berkenaan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Rancang Serang Singapura Gagal Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top