My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 4 August 2016

    Nahas Ngeri Dinihari

    MAUT: Pemandu treler maut manakala pemandu bas cedera dalam pertembungan dua kenderaan ini.

    Seorang pemandu treler maut dan 22 penumpang bas ekspres selamat apabila kedua-dua kenderaan terbabit dalam kemalangan ngeri di Kilometer 79 Jalan Sibu-Selangau, Mukah awal pagi semalam. Mangsa yang dikenali Jimmy Hagi, 44, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di seluruh badan. 

    Bagimanapun, pemandu bas ekspres, Ramlee Mail, 52, dikejarkan ke Hospital Mukah kerana patah tangan dan kaki. Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 3 pagi berhampiran Jambatan Selangau semasa bas ekspres terbabit dalam perjalanan dari Kuching ke Bintulu bertembung dengan lori treler tersebut.

    “Kemalangan itu berlaku apabila pemandu treler yang datang dari arah Bintulu ke Sibu gagal mengelak sebuah lori diparkir di bahu jalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh bahagian sebelah kanan bas terbabit,” katanya ketika dihubungi semalam.

    Katanya seramai 22 penumpang termasuk dua kanak-kanak yang berada di dalam bas tersebut dilaporkan selamat dan hanya seorang penumpang mengalami luka di bahagian dahi. Polis akan menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

    Sementara itu, anggota bomba daripada BBP Sungai Merah turut dikerah ke lokasi kemalangan selepas menerima panggilan kecemasan jam 3.06 pagi. Insiden tersebut mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang hampir tiga kilometer di kedua-dua arah sehingga situasi beransur pulih selepas kenderaan terbabit dialihkan menggunakan kren.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Nahas Ngeri Dinihari Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top