My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 11 August 2016

    Operasi Greater KL Sedang Dalam Proses Penyusunan Semula



    Di Kuala Lumpur hari ini, selain perkhidmatan teksi, LRT, Monorel dan Komuter, satu lagi perkhidmatan bas secaraa percuma turut disediakan oleh kerajaan bagi menarik pelancong berkunjung ke ibu negara. Bagi mereka yang tinggal di Kuala Lumpur, bas Go KL yang berwarna merah jambu cukup mudah untuk dijumpai.

    Perkhidmatan bas ini sebenarnya menjadi antara pilihan utama pelancong dari dalam mahupun luar negara kerana kekerapan perjalanan dan destinasi yang dituju adalah tempat-tempat yang menarik disekitar ibu kota.

    Bagi menambah baik mutu dan perkhidmatan bas berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Azharuddin Mat Sah mengumumkan operasi Greater Kuala Lumpur / Lembah Klang kini dalam proses penyusunan semula.

    Ini bertujuan untuk mempertingkatkan perkhidmatan bas yang pada sebelum ini tidak konsisten disebabkan kekerapan yang tidak menentu terutamanya di kawasan yang mempunyai permintaan yang rendah.

    Ujar beliau, kerajaan baru-baru ini telah meluluskan bajet untuk meneruskan perkhidmatan bas percuma GoKL sehingga tahun 2021. Pihak SPAD menganggarkan bajet tahunan sebanyak RM 13 juta diperlukan bagi meneruskan perkhidmatan GoKL.

    Untuk ini, penyusunan semula jadual perjalanan bas berkenaan diharap dapat menjadikan perkhidmatan ini menjadi jauh lebih efisyen untuk kemudahan kepada semua pengguna terutamanya para pelancong yang berkunjung ke ibu negara.

    Apa yang dilakukan oleh pihak SPAD ini adalah usaha untuk memastikan kelancaran jaringan pengangkutan awam di Malaysia berjalan baik. Pihak SPAD sentiasa mengutamakan perkhidmatan yang bermutu untuk semua lapisan masyarakat di semua kawasan tanpa mengira keuntungan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Operasi Greater KL Sedang Dalam Proses Penyusunan Semula Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top