My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 4 August 2016

    Pelakon Tampan Jadi Ikan Duyung



    Dia pernah membintangi beberapa filem sebagai hero dan penari lucah, namun watak terbaru yang diterima pelakon tampan Channing Tatum mengejutkan banyak pihak. Aktor kelahiran Amerika Syarikat itu bakal beraksi sebagai ikan duyung dalam filem terbitan Disney, Splash. 

    Karya ini pernah diterbitkan pada 1984 dan dilakukan pembikinan semula. Menariknya, Tatum, 36, tampil sebagai ikan duyung bernama Madison manakala pelakon Jillian Bell pula menggantikan tempat Tom Hanks sebagai Allen Bauer.

    Bintang Magic Mike itu pernah bergandingan dengan Bell dalam filem komedi 22 Jump Street yang meraih kutipan pecah panggung pada 2014. Menurut portal BBC, pengarah asal Splash, Ron Howard juga akan kembali sebagai produser manakala skrip versi baru filem itu diilhamkan Maris Lewis-Ryan.

    Dalam perkembangan lain, Tatum mendedahkan belum ada perancangan menghasilkan sekuel ketiga Magic Mike yang mengangkat kisah penari lucah. Pun begitu, Tatum yang juga penerbit filem itu berkata, muzikal Magic Mike akan dipentaskan di sebuah hotel di Las Vegas, Amerika Syarikat pada Mac tahun depan.

    “Filem pertama memfokuskan kehidupan Mike manakala sekuel kedua pula menceritakan kisah beberapa penari lelaki. Muzikal ini mengupas topik percintaan yang dibincangkan di antara pelakon lelaki perempuan,” katanya.

    Bagaimanapun, Tatum tidak akan muncul dalam pementasan berkenaan dan menemui pengarah terbaik untuk Magic Mike Live. “Tidak banyak yang boleh saya kongsi mengenai muzikal ini. Pun begitu, ada beberapa pelakon akan buat kemunculan khas ketika pementasan nanti,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pelakon Tampan Jadi Ikan Duyung Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top