My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 4 August 2016

    Peluang Terakhir Geng Anti Najib Runtuhkan Kerajaan Terengganu



    Masih ingat tarikh 8 Mac 2016 dimana ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said mengusulkan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Tuan Haji Ahmad Razif? Usul berkenaan nyata mengejutkan ramai pihak terutamanya kerajaan negeri Terengganu kerana ramai yang menyifatkan kerajaan negeri ini aman dan kurang menimbulkan sebarang kontroversi.

    Tidak dapat dipastikan kenapa usul ini dibentangkan oleh Ahmad Said namun begitu, Yang DiPertua Dewan, Datuk Mohd Zuber Embong telah menolak usul berkenaan. Pada ketika itu, ramai yang tertanya-tanya, apa sebenarnya yang telah berlaku walaupun Ahmad Said menegaskan yang beliau kekal setia bersama UMNO.

    Menerusi beberapa perkhabaran serta merujuk beberapa sumber, beberapa hari sebelum usul ini dicadangkan oleh Ahmad Said, kelibat Datuk Seri Mukhriz Mahathir ada dilihat di sekitar Kijal dan Kuala Terengganu. Dikatakan kehadiran Datuk Seri Mukhriz atas jemputan seseorang di Terengganu dan beliau sendiri tidak menafikannya.

    Malah, beliau sendiri tidak pernah menafikan ada berjumpa dengan Ahmad Said beberapa hari sebelum usul berkenaan dibentang. Namun begitu, tiada siapa yang mengetahui apa yang dibincangkan oleh mereka.

    Bagi Ahmad Said pula, sejak tercetusnya serangan daripada Tun M terhadap Datuk Seri Mohd Najib, bukan lagi satu rahsia apabila melihat kelibat Ahmad Said sentiasa ada bersama-sama Tun M dimana-mana majlis. Ianya dibuktikan semasa beliau hadir bersama-sama Tun M sewaktu program "Nothing To Hide" yang dilakukan di PWTC.

    Justeru, untuk mengandaikan Ahmad Said sememangnya ada berhubung dengan pasukan Tun M, pastinya ia bukan yang satu keterlaluan. Hari ini, ancaman yang hampir serupa sekali lagi dimainkan oleh Ahmad Said terhadap kerajaan Terengganu. Dengan reputasinya yang jelas memihak kepada Tun M, ianya bukanlah satu ancaman yang mengejutkan.

    Jika difikirkan sejenak, pentaksub Tun M pasti sedar bahawa Terengganu merupakan kerajaan negeri dibawah BN yang dilihat agak rapuh dari segi majoritinya. Dengan hanya menguasai kerajaan dengan majoriti mudah 17 kerusi, sebarang pengunduran atau pengkhianatan, pastinya meletakkan kerajaan negeri berada dalam keadaan cukup tertekan.

    Tambahan pula, andai rancangan mahu melihat kerajaan BN Terengganu tumbang bagi memberi malu besar kepada Datuk Seri Mohd Najib ini berjalan lancar, ianya sengaja dilihat sebagai usaha mereka untuk memalukan Presiden dan Pengerusi Barisan Nasiobal dan sekaligus merampas kerajaan negeri Terengganu dari tangan BN menerusi Pilihan Raya Kecil.

    Ini secara tidak langsung memberikan tekanan tambahan kepada Datuk Seri Mohd Najib untuk membendung sebarang kemungkin buruk berlaku didalam Kerajaan Terengganu. Mereka melihat agak sukar untuk melakukan perkara ini di negeri lain yang dikuasai oleh BN kerana majoriti kerajaan-kerajaan iini cukup kukuh dan sukar untuk di manipulasikan.

    Namun begitu, pastinya setiap seorang rakyat Terengganu mendoakan yang terbaik untuk kerajaan ini. Ini kerana, rakyat Terengganu menerima dengan baik corak pentadbiran beliau yang jauh lebih merra rakyat dan sentiasa memikirkan keperluan rakyat. Adakah cubaan kali kedua ini akan berjaya? Dari satu sudut, tidak akan mungkin berjaya namun, apa sahaja boleh berlaku didalam politik.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Peluang Terakhir Geng Anti Najib Runtuhkan Kerajaan Terengganu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top