My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 7 August 2016

    Perkembangan Olimpik : Memanah Dan Menembak Buka Langkah Kiri



    Malaysia gagal meneruskan kemaraan dalam acara recurve berpasukan lelaki Sukan Olimpik Rio selepas tewas 2-6 kepada Perancis pada pusingan pertama, hari ini. Sekalipun menang set pertama 55-53, trio negara Khairul Anuar Mohamad, Muhammad Akmal Nor Hasrin dan Haziq Kamaruddin gagal mengulanginya apabila tumpas tiga set berikutnya.

    Perancis diwakili Lucas Daniel, Pierre Plihon dan Jean-Charles Valladont bangkit memenangi tiga set berikutnya 55-53, 55-53 dan 57-53. Keputusan itu menyaksikan Malaysia gagal mengulangi kejayaan mara ke suku akhir di Beijing 2008. Di London empat tahun lalu, mereka turut kecundang pada pusingan pertama di tangan Mexico.

    Sementara itu, penembak negara, Johnathan Wong sekadar menghuni tangga ke-28 pada pusingan kelayakan acara 10 meter air pistol di Pusat Menembak Olimpik, awal pagi tadi.

    Johnathan, yang bertanding kali pertama pada temasya Sukan Olimpik, mengumpul 574 mata, kurang 11 mata berbanding rekod kebangsaan miliknya. Dia merakam 94, 96, 96, 98, 93 dan 97 untuk berakhir di tangga ke-28 daripada 46 penembak. Hanya lapan penembak terbaik layak ke final.

    Bagi perenang negara, Welson Sim hanya menduduki tangga ketiga dalam saringan ketiga acara 400 meter gaya bebas di Stadium Akuatik Olimpik, awal pagi tadi. Perenang berusia 19 tahun itu bermula di lorong ketujuh mencatat masa 3 minit 51.57 saat. Rekod kebangsaan miliknya sendiri adalah 3:50.33 saat. Catatan itu tidak mampu membantunya layak ke perlumbaan final.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Perkembangan Olimpik : Memanah Dan Menembak Buka Langkah Kiri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top