Demi menjayakan watak Joker dalam filem Suicide Squad, Jared Leto melakukan beberapa eksperimen bagi melihat reaksi orang ramai terhadap karakter penjahat itu. Menurut pelakon berusia 44 tahun itu, antara eksperimen yang dilakukan adalah ketawa terbahak-bahak di khalayak ramai ketika penggambaran di Toronto dan New York.
“Ketika berjalan-jalan berhampiran dua lokasi berkenaan, saya akan ketawa kuat untuk melihat reaksi orang di sekeliling. Saya mendapati salah satu ketawa membuat orang terkejut dan tertanya-tanya mengenainya,” katanya.
Leto berpendapat Suicide Squard yang diadaptasikan daripada komik DC adalah pengenalan kepada Joker dan berharap watak itu dapat dikembangkan lagi. “Saya bersyukur mendapat kepercayaan untuk melakonkan watak Joker dan menganggap peluang ini sekali dalam seumur hidup,” katanya.
Kali terakhir Joker muncul di layar perak pada 2008 dalam filem The Dark Knight dan dilakonkan mendiang Heath Ledger. Akibat terlampau terbawa-bawa dengan watak Joker, Leto mengenakan beberapa pelakon Suicide Squad dengan menghantar ‘hadiah’ pelik kepada mereka.
Difahamkan Margot Robbie dan Will Smith masing-masing menerima bungkusan tikus dan peluru, manakala Adewale Akinnuoye-Agbaje mendapat majalah Playboy yang kotor daripada pelakon itu.
Malah, Leto tidak melupakan kru produksi Suicide Squad dan menghadiahkan kepada mereka kondom terpakai. Filem Suicide Squad menemui peminat di pawagam seluruh negara pada 4 Ogos ini.
0 comments:
Post a Comment