Mendapat rating ‘biasa’ selain diiktiraf filem gred B oleh media asing, filem aksi Marauders membariskan bintang hebat seperti Bruce Willis, Christopher Meloni, Adrian Grenier dan Dave Bautista. Persetujuan pelakon berkenaan beraksi dalam filem bukan box-office arahan Steven Miller itu menimbulkan pertanyaan ramai.

Selain itu, pengarah juga berbakat dan saya pernah menonton karyanya,” katanya.
Skrip diilhamkan Michael Cody dan Chris Sivertson, filem ini mengisahkan siri rompakan bank yang dilakukan sekumpulan lelaki profesional dalam taktik serangan. Menurut Meloni, filem mengetengahkan rompakan bank bukan ‘trend’ sekarang dan mahu memberi terbaik untuk Marauders.
“Bagi menghasilkan filem bertema sedemikian perlu ada plot cerita yang kukuh dan berbeza. Ini kerana cerita rompakan bank banyak dipaparkan di televisyen,” katanya.
Marauders yang kini ditayangkan di pawagam mengetengahkan konspirasi bekas anggota keselamatan negara yang dikaitkan dengan beberapa siri rompakan bank. Filem memulakan kisah dengan rompakan bank yang didapati membabitkan bekas anggota tentera TJ Jackson yang sudah lama meninggal dunia ketika menjalankan misi.

Trivia
• Marauder adalah model kenderaan berperisai tentera permainan G.I. Joe Battleforce 2000.
• Bruce Willis pernah membintangi dalam filem G.I. Joe: Retaliation.
• Dalam filem, kod fail siasatan pasukan TJ Jackson memaparkan nilai Pi ‘3.14159265359’, sekali gus mengandaikan kes itu tiada penghujungnya.
• Selain Dave Batista, Bruce Willis juga pernah beraksi bersama peninju profesional Dwayne ‘The Rock’ Johnson dalam G.I. Joe: Retaliation.
0 comments:
Post a Comment