My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 15 August 2016

    Detik Penentu FAM



    Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, bola sepak Malaysia sering diwarnai dengan pelbagai isu kontroversi yang mengundang perhatian peminat tempatan. Bermula daripada prestasi hambar skuad Harimau Malaysia di pentas antarabangsa, kemelut itu turut membabitkan pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang didakwa mengamalkan rasuah seperti didakwa pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. 

    Malah, keputusan Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM pada mesyuarat kali ketujuh bagi penggal 2014-2018 pada Februari lalu yang menolak hasrat Presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meletak jawatan turut menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan penyokong.

    Tindakan ahli Exco itu sebelum ini dilihat mendatangkan masalah buat FAM terutama dalam membentuk hala tuju dan menentukan dasar baru berkaitan dengan sukan nombor satu negara itu. Justeru, hari ini dianggap penting bagi masa depan bola sepak negara apabila persatuan paling popular di Malaysia itu bakal membuat keputusan sama ada diterajui individu baru dengan barisan exco dilaporkan sedia menerima surat peletakan jawatan presiden.

    Mungkin persoalan yang timbul di sini adalah siapa yang akan mengemudi badan induk itu dengan nama Tunku Ismail disebut calon paling layak untuk memegang jawatan tertinggi itu. Bagaimanapun, Tunku Mahkota Johor (TMJ) dari awal-awal lagi sudah menolak cadangan itu kerana tidak mahu menimbulkan konflik kepentingan ketika menerajui FAM nanti.

    Bagi Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) B Sathianathan, tokoh korporat seperti Tan Sri Tony Fernandes dilihat individu paling layak menggantikan Tengku Abdullah selain TMJ.

    “Saya harap esok (hari ini) segala spekulasi yang menghantui FAM dapat diselesaikan dengan cara demokratik apabila barisan Exco akan membincangkan pelbagai isu termasuk pengganti Presiden (Tengku Abdullah).

    “Sudah pasti keputusan Exco akan menentukan masa depan dan hala tuju bola sepak negara. Saya harap sesuatu yang positif dapat diperoleh daripada mesyuarat itu,” katanya semalam.

    Sementara itu, buat bekas Setiausaha Agung FAM Tan Sri Dr Ibrahim Saad, beliau berpendapat jawatan tertinggi persatuan itu tidak seharusnya dibarisi mereka yang mempunyai jawatan dalam persatuan negeri.

    “Saya pernah mencadangkan dulu, siapa yang pegang jawatan tertinggi dalam FAM tidak boleh mempunyai jawatan di peringkat negeri kerana tidak mahu timbul konflik kepentingan,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Detik Penentu FAM Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top