Jagut pecut wanita negara Fatehah Mustapa terkandas di peringkat saringan acara pecut 200 meter Sukan Olimpik Rio di Velodrom Olimpik Rio, awal pagi tadi.

Tempat kedua diraih seorang lagi pelumba Britain, Katy Marchant (10.787s) manakala ketiga Lee Wai Sze (10.800s) dari Hong Kong.
Sementara itu, hasrat penerjun negara Wendy Ng meraih pingat dalam acara 3 meter papan anjal wanita Sukan Olimpik Rio tidak menjadi kenyataan di Pusat Akuatik Maria Lenk, awal pagi tadi.

Pingat emas acara itu dimenangi Shi Tingmao dari China dengan 406.05 mata, perak rakan senegaranya He Zi (387.90) manakala gangsa Tania Cagnotto (372.80) dari Itali.
Lain pula halnya menerusi acara badminton apabila beregu campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mara ke separuh akhir Sukan Olimpik Rio selepas menundukkan beregu Poland, Robert Mateusiak-Nadiezda Zieba di Pavilion 4 Riocentro, sebentar tadi.

Mereka akan bertemu Xu Chen-Ma Jin dari China yang menewaskan beregu Korea Selatan, Ko Sung Hyun-Kim Ha Na 21-17, 21-18 pada satu lagi aksi suku akhir. Perlawanan separuh akhir akan dilangsungkan petang ini (awal pagi esok waktu Malaysia).
0 comments:
Post a Comment