Setelah 2 tahun kehilangan secara misteri pesawat Malaysia Airlines (MAB), MH370, pelbagai teori dibuat oleh ramai pihak berikutan kehilangan pesawat ini. Ada yang mengatakan pesawat ini dilesapkan oleh pihak ketiga, terhempas secara remote mahupun ada dakwaan yang mengatakan pesawat ini menjadi mangsa kepada masalah psikologi juruterbangnya.
Mengulas tentang hal ini, Kementerian Pengangkutan dengan tegas menafikan dakwaan bahawa juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah sengaja menjunamkan pesawat tersebut ke laut seperti yang didakwa oleh media Australia baru-baru ini.
Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, setakat ini tiada bukti yang menunjukkan Zaharie sengaja menjatuhkan pesawat tersebut atas alasan psikologi mahupun apa jua alasannya. Menurut beliau, perkara itu turut disokong oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang mengemukakan teori iaitu pesawat terbang tanpa kawalan ketika terhempas di laut.
Ujar beliua, ATSB yang mengetuai pasukan pakar antarabangsa dalam operasi di kawasan pencarian seluas 120,000 kilometer (km) persegi telah mengeluarkan teori "uncontrolled ditch" dan ia berdasarkan pandangan oleh pakar yang terlibat dalam operasi ini.
Oleh yang demikian, tuduhan yang mengatakan Zaharie sengaja menjunamkan pesawat ini jelas tidak berlandaskan sebarang bukti kukuh dan ini jelas bertentangan dengan dakwaan yang dilaporkan media Australia.
Namun begitu, ujar beliau, pihaknya sentiasa terbuka untuk mendengar sebarang pandangan dari mana-mana pihak beserta bukti sahih berhubung kehilangan pesawat malang berkenaan. Beliau percaya, semua pihak memang menantikan bukti dan petunjuk baharu bagi mengesan pesawat ini.
0 comments:
Post a Comment