My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 5 August 2016

    PAS Tidak Sokong Sebarang Usaha Mengkhianati Kerajaan



    Sejak pelbagai isu melanda negara sejak akhir-akhir ini, banyak perkhabaran samada sahih atau pun tidak berlegar-legar di segenap pelusuk media. Ada diantaranya adalah berita yang ditokok tambah malah ada diantaranya berita yang langsung tidak merujuk kepada berita yang sahih. Ini menjadikan keadaan negara agak sedikit bercelaru angkara berita yang tidak terkawal seperti ini. 

    Lebih memburukkan keadaan, ada pihak mengulangi semula sikap si Kitul yang sanggup mengkhianati negara. Menurut sejarah, si Kitul adalah orang yang telah memberi laluan kepada penjajah Portugis menakluk Melaka dengan membuka pintu Kota Melaka. Hari ini, dengan cara yang sama, mereka sekali lagi berusaha untuk mengkhianati negara dengan cara mereka sendiri.

    Inilah yang ditegaskan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Mereka lantang menyuarakan keengganan mereka menerima apa jua campurtangan dari pihak luar terhadap negara. Malah dalam nada tegas, Nik Amar jua menyatakan beliau dan PAS bimbang, campurtangan berkenaan akan mempunyai agenda politik yang tersembunyi.

    Mengulas mengenai kemelut dalaman yang melanda Terengganu hari ini, Datuk Seri Hadi memberitahu, PAS tidak pernah menyokong sebarang usaha dari mana-mana pihak untuk memecah belahkan keharmonian yang telah dibawa oleh Menteri Besar Terengganu, Tuan Haji Ahmad Razif. Tegasnya, kerajaan negeri dan PAS dapat menjalinkan kerjasama erat yang diakui beliau sebagai yang terbaik sepanjang BN menguasai negeri ini.

    Ujar beliau, selaku Presiden PAS, beliau melihat kerajaan negeri Terengganu hari ini bersungguh-sungguh membela kebajikan rakyat serta cukup mudah untuk ditegur dan didekati. Malah, kerajaan negeri juga dilihat ada meminta pandangan PAS selaku pembangkang utama negeri ini dalam urusan rakyat dan membangunkan negeri Terengganu.

    Justeru beliau hairan, kenapa masih ada pihak yang jelas mempunyai kepentingan diri sendiri begitu sibuk mahu melihat kerajaan seperti ini mahu diruntuhkan. Tegas beliau, dalam hal ini, PAS jelas tidak menyokong atau bersekongkol dengan orang yang hanya berminat melihat kemusnahan daripada membela nasib rakyat yang diwakili.

    Beliau sekali lagi mengulangi iltizam bahawa walaupun berlainan idealogi politik, namun PAS sentiasa menghormati kerajaan negeri dan negara ketika ini selagi mana kerajaan-kerajaan ini menjaga kepentingan rakyatnya. Malah beliau memberi jaminan bahawa PAS tidak akan menyokong sebarang undi tidak percaya ayng mungkin akan diusulkan sebaik sahaja Sidang DUN membuka tirai Isnin hadapan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PAS Tidak Sokong Sebarang Usaha Mengkhianati Kerajaan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top