My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 5 August 2016

    Ugut Bunuh Isteri Sendiri


    Perbuatan kejam seorang buruh binaan yang menumbuk perut dan mengugut untuk membunuh isterinya sendiri pada Jun lalu berbalas apabila dia dihukum penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam. 

    Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Nasser Adli, 46, selepas dia mengaku salah atas dua pertuduhan yang disabitkan ke atasnya. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mencederakan isterinya seorang warga Filipina Susana Cabrera Gato, 48, dengan menumbuk perut dan pinggang menggunakan tangan.

    Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

    Nasser turut didakwa mengugut dengan mengeluarkan kata-kata bunuh pada mangsa sama dengan hendak menyebabkan ketakutan yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ugut Bunuh Isteri Sendiri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top