• PANAS

    Wednesday, 5 April 2017

    Pelaburan Halimunan



    Seorang peguam wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan menipu dua individu berhubung pelaburan flat sederhana yang tidak wujud membabitkan kerugian RM450,000, tahun lalu. 

    Bagaimanapun, J Shanti, 47, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. Mengikut pertuduhan di hadapan Majistret Zaki Asyraf Zubir, dia didakwa menipu pengarah syarikat pengeluar alat ganti lori, Teh Jit Keong, 46, dengan memperdayakannya untuk melabur bagi flat kos sederhana yang tidak wujud.

    Akibat perbuatan tertuduh, mangsa didorong untuk menyerahkan dua keping cek keseluruhannya berjumlah RM300,000 ke dalam akaun milik tertuduh. Sementara itu, di hadapan Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah, tertuduh turut mengaku tidak bersalah menipu Saw Lae Kun, 31, dengan cara yang sama membabitkan RM150,000.

    Kedua-dua perbuatan itu dilakukan di E-5-05 Blok E, Oasis Square, No 2 Jalan PJU 1A/7A Ara Damansara di sini pada 6 Julai 2016. Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan.

    Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik dan Natasha Chin Lee Jy. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin keseluruhan RM15,000 dengan seorang penjamin serta pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

    Tertuduh yang diwakili peguam bela Lim You Ping membayar jaminan berkenaan. Mahkamah kemudian menetapkan 4 dan 8 Mei ini untuk sebutan semula kes.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pelaburan Halimunan Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top