
Difahamkan, kepak ayam tersebut dilupuskan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) selepas bekalan daging tersebut dirampas ekoran pemiliknya dikatakan tidak memiliki dokumen berkaitan pemerolehannya.
Macam-macam gelagat pengunjung yang datang ke situ, antaranya ada dalam kalangan mereka membawa bersama anak kecil, berkumpulan dan turut membawa pelbagai bekas termasuk guni, besen atau baldi untuk diisi dengan kepak ayam yang digali.
Memetik laporan berita The Borneo Post semalam, bahagian ayam yang menjadi kegilaan orang ramai itu dipercayai dibuang pihak berkuasa selepas ia dikhuatiri beracun dan tidak dibayar cukai.
0 comments:
Post a Comment