My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 5 April 2017

    Lima Mayat Warga Asing Mangsa Banjir Lumpur Ditemui



    Sebanyak lima mayat warga asing dipercayai mang­sa banjir lumpur akibat kejadian tanah runtuh pada Sabtu lalu di kawasan perumahan ladang berdekatan Su­ngai Labou, Tongod di sini berjaya ditemui di lokasi berasingan. 

    Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, Khairul Azzuwan Ibrahim berkata, satu mayat lelaki dewasa ditemui di tepi Sungai Kampung Pesik berhampiran Kampung Mangkuwagu di sini kelmarin manakala dua lagi mangsa dijumpai di sungai berdekatan Kampung Masaum semalam.

    Dua mayat lagi ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar Sungai Pinangah, Telupid masing-masing pada pukul 12.30 tengah hari dan 1.41 petang semalam. Kesemua mangsa ditemui kira-kira 30 kilometer dari lokasi kejadian.

    “Selain faktor perjalanan yang mengambil masa dua jam menggunakan bot dari Sungai Pinangah, pasukan SAR berhadapan kesukaran akibat timbunan kayu-kayan dan batu yang dibawa arus banjir serta lumpur sedalam paras paha,” katanya semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lima Mayat Warga Asing Mangsa Banjir Lumpur Ditemui Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top