Sejak beberapa hari yang lalu, nama selebriti kelahiran Singapura Najip Ali kerap disebut di kalangan rakyat Malaysia berikutan tindakan biadabnya yang mempersendakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Perlakuan berkenaan dibuat semasa Najip bersama-sama 4 orang selebriti Singapura yang lain menyertai program lawak OK Chope di Singapura baru-baru ini.
Ramai yang beranggapan, tindakan Najip Ali yang turut terkenal di Malaysia itu sebagai satu tindakan yang amat biadab. Manakan tidak, juri tetap Maharaja Lawak Mega 2017 berkenaan jelas mempersendakan Perdana Menteri yang pada perkiraan ramai, samada ianya disengajakan atau tidak, ianya sepatutnya tidak berlaku.

Apa yang pasti, individu seperti Najip Ali ini hanya berani menempelak dan bersifat kurang ajar kepada pemimpin di negara lain. Bayangkan Najip Ali mempersendakan pemimpin negaranya sendiri, apakah bentuk hukuman yang akan menantu Najip Ali sekiranya melakukan perkara yang sama terhadap Lee Kuan Yew dan Lee Hsien Loong?
Jangan fikir, dirinya sudah bertaraf selebriti dan dikenali di rantau Asia Tenggara, dia boleh melakukan sesuka hatinya. Walau apapun yang berlaku, Datuk Seri Mohd Najib masih Perdana Menteri Malaysia dan dia tidak ada hak untuk melakukan perbuatan biadab berkenaan walau apa jua alasannya.
Dalam hal ini, bayangkan seorang selebriti Malaysia mempersendakan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. Apa yang akan berlaku? Sudah pasti selebriti berkenaan tidak akan dibenarkan memasuki Singapura seumur hidupnya. Najip Ali masih beruntung kerana sehingga saat ini, Malaysia langsung tidak mengenakan hukuman seumpama itu walaupun Najip Ali ini sudah sah biadab.

Tidak terhad kepada Najip Ali, malah semua individu luar yang sengaja mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia dengan komen jelik dan jijik seperti yang dilakukan oleh Najip Ali ini juga wajar disekat kemasukannya. Malaysia mempunyai undang-undang yang harus dipatuhi. Jangan mudah membiarkan individu seperti Najip Ali ini sewenang-wenangnya menghina negara dan kepimpinannya.
0 comments:
Post a Comment