Pada bulan Ogos tahun lalu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) telah menyarankan penggunaan sistem e-hailing kepada semua perkhidmatan teksi di negara ini. Sistem e-hailing ini bermaksud e-panggilan yang digunakan untuk membuat sebarang tempahan bagi pengangkutan awam menerusi teknologi terkini.
Sebelum ini, sistem berkenaan digunakan secara meluas untuk membolehkan orang ramai membuat tempahan terhadap perkhidmatan Uber dan Grabcar. Melihat akan keberkesanan ini, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar telah menyarankan perkhidmatan teksi juga menggunakan sistem yang sama selain daripada penggunaan meter secara konvensional.

Menerusi pindaan ini, Datuk Nancy mencadangkan supaya kenderaan e-hailing menjadi kenderaan perkhidmatan awam tertakluk kepada lesen perniagaan pengantaraan. Selain itu, beliau turut mencadangkan takrif kenderaan e-hailing dimasukkan kedalam Jadual Pertama Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Cadangan ini bolehlah disifatkan sebagai antara langkah awal untuk mengesahkan perkhidmatan Grabcar dan Uber menjadi kenderaan pengangkutan awam yang sah di sisi undang-undang.
0 comments:
Post a Comment