Apa yang berlaku di dalam Pakatan Harapan sememangnya agak menghairankan. Sudahlah keempat-empat parti yang menganggotai Pakatan Harapan dilihat mempunyai idealogi yang berbeza, pakatan pembangkang itu juga sehingga kini masih gagal mengemukakan satu nama sebagai calon Perdana Menteri seandainya pakatan ini mampu membentuk kerajaan selepas PRU ke 14 kelak.
Menariknya, sehingga kini, hanya nama Penasihat Agung DAP, Lim Kit Siang sahaja yang diletakkan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri. Manakala jawatan Perdana Menteri sengaja dibiarkan kosong dan akan diletakkan apabila tiba masanya. Bukankah ia melambangkan satu pergerakan yang cukup ganjil, bergerak tanpa seorang ketua?
Minggu lalu, Majlis Kepimpinan Tertinggi Pakatan Harapan mengadakan mesyuarat mereka bagi menyeragamkan pergerakan Pakatan Harapan bagi membentuk satu pakatan pembangkang. Mesyuarat berkenaan seperti dipulaukan oleh Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah yang kononnya pada ketika itu dikejarkan ke hospital kerana sakit.
Agak melucukan sebenarnya apabila Wan Azizah sendiri "mengantoikan" dirinya apabila memuat naik gambar selfienya dengan Nurul Izzah Anwar. Malah, suaminya, Datuk Seri Anwar secara tiba-tiba mendapat kebenaran khas dari Pengarah Penjara Sungai Buloh untuk melawat isterinya.
Apa yang ingin disentuh disini adalah, kenapa wujudnya dua jawatan penasihat yang diisi oleh Wan Azizah dan Tun Dr Mahathir Mohamad sedangkan jawatan ketua dan timbalannya langsung tidak diisi oleh sesiapa. Adakah ini sememangnya telah di rangka lebih awal atau ianya tidak lebih daari sekadar helah licik DAP untuk melagakan kaum Melayu?
Bukan satu rahsia lagi bahawa hubungan antara Mahathir dan keluarga Anwar masih tidak berapa baik. Justeru, meletakkan dua nama yang mempunyai sejarah perseteruan yang panjang dilihat seperti sengaja mencetuskan perpecahan di kalangan penyokong mereka. Ini membolehkan DAP mendominasi Pakatan Harapan menerusi pemimpin dan para penyokongnya.
Jika mengikut senioriti di dalam Pakatan Harapan, sudah semestinya Lim Kit Siang paling sesuai untuk dijadikan penasihat. Namun sebbaliknya berlaku dan dua jawatan paling penting dalam pakatan sengaja dibiarkan kosong. Pastinya ia satu helah DAP seperti mana yang pernah disebut oleh Hew Kuan Yau yang menyebut "Melayu Screw Melayu" dan Cina boleh duduk diam-diam.
Mungkin bagi penyokong mereka, ini adalah pengiktirafan tertinggi dari Pakatan Harapan. Namun jika mereka masih celik dan faham erti helah permainan jahat DAP, ianya tidak lebih dari usaha menyingkirkan dua pemimpin Melayu ini secara senyap-senyap dan mewujudkan permusuhan di antara kaum Melayu itu sendiri.

0 comments:
Post a Comment