My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 5 April 2017

    Temu Jalin Rakan Niaga Berkualiti




    Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) komited membantu usahawan tempatan untuk mengadakan kerjasama dagangan dengan rakan niaga asing yang berpotensi tinggi dan mempunyai kualiti dalam perniagaan. 

    Menerusi penganjuran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2017, Matrade meletakkan sasaran untuk mencatat nilai jualan sebanyak RM400 juta antara usahawan tempatan dan rakan niaga asing melalui Program Penyumberan Antarabangsa (INSP).

    Pengarah Kanan Akses Pasaran dan Kerjasama Antarabangsa Matrade Abu Bakar Koyakutty berkata, biarpun angka sasaran pada tahun ini lebih rendah berbanding RM478.66 juta yang dicatatkan pada tahun lalu, namun ia bukan petunjuk sebenar penurunan tumpuan rakan niaga asing ke Malaysia. 

    Beliau berkata, Matrade menerima banyak penyertaan daripada pelbagai syarikat pada tahun lalu, namun mereka dilihat tidak aktif untuk memuktamadkan urus niaga dengan peniaga tempatan dan keadaan itu tidak sihat dalam urusan padanan perniagaan.

    “Tahun lalu, lebih 300 pembeli asing menyertai INSP dan angka itu berkurangan selepas kami mengadakan sesi tapisan di pejabat Matrade di luar negara pada tahun ini.

    “Sesi tapisan itu penting bagi memastikan usahawan tempatan mendapat pembeli yang berkualiti dan mempunyai potensi besar untuk memasarkan produk mereka dengan lebih luas di pasaran luar negara,” katanya pada sidang media INSP di sini, semalam.

    INSP berlangsung selama sehari sempena penganjuran MIHAS 2017 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur mulai hari ini hingga Sabtu. Abu Bakar berkata, Matrade menjangka lebih 400 pengeksport tempatan akan mendapat manfaat daripada INSP pada tahun ini dengan setiap syarikat sekurang-kurangnya mengadakan 12 sesi rundingan bersama pembeli asing yang berpotensi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Temu Jalin Rakan Niaga Berkualiti Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top