My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 4 December 2017

    Bayi Hidup Semula Sebelum Dikebumikan



    Satu pasangan suami isteri terkejut apabila bayi mereka yang meninggal dunia tidak lama selepas dilahirkan tiba-tiba hidup semula ketika dibawa untuk dikebumikan. Varsha Bidawat, 21, melahirkan sepasang bayi kembar tidak cukup bulan di sebuah hospital swasta di Shalimar Bagh pada 30 November lalu. 

    Bayi perempuan disahkan meninggal dunia tidak lama selepas dilahirkan dan bayi lelaki itu pula meninggal dunia ketika menerima rawatan. Suami Varsh, Aashish Kumar berkata, selepas memaklumkan kematian anak kembarnya, doktor membungkus mayat bayi itu dan diletakkan di dalam plastik.

    Ujarnya, ketika mayat anaknya dibawa ke tempat pengebumian tiba-tiba plastik yang mengandungi bayi lelaki tiba-tiba bergerak. “Kami terus menghentikan kereta dan membuka bungkusan itu sebelum mendapati bayi itu bergerak-gerak.

    “Kami kemudian terus bergegas ke sebuah hospital berhampiran dan doktor memaklumkan bayi lelaki itu masih hidup,” katanya.

    Ujarnya, bayi seberat 75 gram itu kini ditempatkan di unit rawatan rapi untuk kanak-kanak. Sementara itu, pihak berkuasa memberitahu, kes itu sedang disiasat dan pihak hospital terbabit mungkin dikenakan tindakan sekiranya didapati cuai.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bayi Hidup Semula Sebelum Dikebumikan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top