My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 5 December 2017

    #PAU2017 : UMNO Adalah Benteng Terakhir Umat Islam Di Malaysia



    Bermula hari ini, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 akan bermula. Seperti kebiasaannya, setiap tahun perhimpunan parti Melayu terbesar di Malaysia ini pasti menjadi tumpuan. 3.6 juta ahli UMNO seluruh negara akan menanti nanti ucapan pemimpin dan perbahasan perwakilan. 

    Mereka yang keluar dari UMNO dan gagal buat mesyuarat cawangan pun tertunggu tunggu apa yang perwakilan akan bahaskan. Usahlah ganggu persidangan UMNO, selesaikanlah dulu mesyuarat cawangan itu dahulu. UMNO diasaskan di Istana Besar Johor pada 11 Mei 1946 ketika Kongres Melayu Ketiga.

    UMNO dilahirkan di istana, bukan di tepi jalan atau bukan diasaskan kerana individu yang kecewa. UMNO diasaskan untuk agenda agama dan bangsa.

    "Pada masa itu, saya masih muda dan ayahanda saya bertitah mengingatkan bangsa Melayu supaya bersatu untuk kuatkan pendirian dan pertahankan tanah air kita, Ketahuilah dan jangan kita lupa UMNO lahir di Istana Besar dan bukan di tepi jalan,'' titah Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada 11 Mei 2006.

    Selama 71 tahun, parti keramat UMNO penuh dengan tradisi dan sejarahnya. Ada yang keluar melawan UMNO tetapi akhirnya kecundang kerana apa yang dibawa adalah agenda peribadi, bukannya agenda pertiwi. Tidak dapat dinafikan, UMNO merupakan benteng terakhir umat Islam di Malaysia.

    Pada saat kita berdepan dengan cabaran semasa termasuk pertambahan golongan liberal dan pluralisme di negara ini, yang sering menentang usaha-usaha memperkasakan agama Islam, UMNO sebaliknya memberikan sokongan.

    Lihat sahaja kepada rang undang-undang persendirian (RUU) yang dibawa oleh PAS untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 di Parlimen, UMNO telah memberikan sokongan padu. Meskipun ada suara sumbang daripada pembangkang bahawa UMNO hanya mempermainkan PAS, namun UMNO memenuhi janjinya kepada PAS dan umat Islam.

    Jika mahu diharap kepada parti-parti PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN) memang episod RUU 355 akan menjadi panjang berjela. Mujur ada UMNO yang sepenuh hati memberikan sokongan demi memartabatkan mahkamah syariah.

    Tidak seperti ahli DAP iaitu Zaid Ibrahim yang keras menentang tindakan pegawai pendidikan di Pahang yang mengarahkan sekolah di Kuantan mengadakan solat berjemaah sebelum pelajar pulang ke rumah.

    "Mewajibkan sesi sembahyang ini ke atas pelajar hanyalah satu lagi daripada banyak perkara bodoh pendidik kita lakukan kepada pelajar kita" kata Zaid Ibrahim dalam Free Malaysia Today pada 4 Disember 2017. Malah lebih biadap dari itu, Zaid Ibrahim hanya menganggap solat hanya sebagai "ritual agama" semata mata.

    Ini contoh terbaik Melayu yang sudah rosak pemikirannya bila bersama dengan DAP. Apa lagi yang umat Islam di negara ini mahu harapkan kalau gabungan pembangkang yang diketuai DAP ini memerintah? Banyak lagi hakisan terhadap agenda Islam akan dilakukan mereka.

    Beruang Biru ada menulis sebelum ini bagaimana DAP dan pembangkang telah gugat agenda Islam di Malaysia. Baca pautan ini : https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/11/pembangkang-mula-gugat-kedudukan-islam.html?m=1.

    Malah Tan Sri Muhammad Taib yang pernah menyertai pembangkang telah mendedahkan bahawa tiada langsung agenda Islam dan bangsa dalam mesyuarat mesyuarat yang diadakan pembangkang. 

    Justeru, PAU 2017 ini, selain memalu gedang menuju `perang' menjelang pilihan raya umum ini, salah satu matlamat yang perlu dipegang oleh ahli-ahli UMNO adalah untuk memastikan kemenangan UMNO demi memartabatkan lagi Islam di negara ini. Jangan biarkan pembangkang yang menguasai negara.

    Kita sudah tengok contoh-contoh yang ada di mana pesta arak diluluskan dan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). Pihak pembangkang yang menyerang kuat Datuk Seri Najib dan UMNO adalah didalangi dibelakangnya oleh kumpulan evangelis dan "kai feng Jews".

    Mereka tahu hanya UMNO yang kuat dan menjadi teras dalam Barisan Nasional. Serang Datuk Seri Najib dan UMNO bermakna melakukan serangan juga terhadap parti yang mendaulatkan syariat Islam dan bangsa Melayu di negara ini.

    Ingatlah bahawa UMNO adalah benteng terakhir umat Islam di Malaysia. Semua ahli UMNO wajib pertahankan Presiden UMNO dan parti UMNO dari diserang musuh musuh Islam ini.

    Beruang Biru
    Selasa
    5 Disember 2017
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: #PAU2017 : UMNO Adalah Benteng Terakhir Umat Islam Di Malaysia Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top