My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 5 December 2017

    Premis Judi Holo Kena Gempur


    Polis terus menunaikan janji untuk menghapuskan kegiatan judi di negeri ini apabila memberkas 36 kaki judi menerusi 23 serbuan di 11 buah kawasan di sekitar Sarawak minggu lalu. 

    Kesemua suspek berusia antara 17 hingga 57 tahun tersebut diberkas dalam serbuan di premis judi online dan loteri haram di Kuching, Bintulu, Padawan, Sibu, Miri, Kota Samarahan, Sarikei, Bau, Sri Aman, Marudi dan Dalat.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, kesemua kaki judi itu diberkas ketika sedang bertaruh di kedai serbaneka 24 jam dan kedai kopi antara 27 November hingga Ahad lalu.

    “Selain menahan kaki judi, kita turut merampas wang pertaruhan sebanyak RM13,559. Polis turut menggempur pusat judi holo di Sibu dengan menahan 10 kaki judi dan merampas wang pertaruhan RM490,” katanya ketika dihubungi semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Premis Judi Holo Kena Gempur Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top