My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 5 December 2017

    Tali Barut Abu Sayyaf Mati Ditembak



    Seorang anggota militan Abu Sayyaf yang merupakan tali barut kepada kumpulan penculik di selatan Filipina maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (Esscom) di perairan Laut Silam berhampiran Pulau Kalung Kalungan di sini semalam. 

    Semasa ditembak mati pada pukul 3 pagi, Abu Paliyak, 31, yang digelar Komander Paliyak@ Yusuf dipercayai berada di laut untuk melakukan pemerhatian ke atas pergerakan pasukan keselamatan. Dia biasanya akan menyalurkan maklumat kepada kumpulan penculik bagi melakukan jenayah rentas sempadan termasuk menculik.

    Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, sebelum kejadian, pasukan pegawai dan anggota Esscom dan Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu yang menjalankan rondaan di perairan Laut Silam mengesan kehadiran sebuah bot pam dalam keadaan mencurigakan di perairan negara.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tali Barut Abu Sayyaf Mati Ditembak Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top