My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 5 December 2017

    Remaja "Anak" Syaitan


    Seorang remaja berusia 18 tahun didakwa melakukan serangan seksual terhadap dua kanak-kanak lelaki selain dia turut mengakui telah mencabul sekurang-kurangnya 50 kanak-kanak lain dalam tempoh lapan tahun lalu di bandar ini. 

    Joseph Hayden Boston ditahan pada Sabtu lalu selepas ibunya menyerahkan anaknya ke balai polis selepas remaja terbabit mengakui dia telah mencabul dua kanak-kanak berusia lapan dan empat tahun di motel Riverside dekat sini.

    Jabatan Polis Riverside berkata, suspek yang menetap di motel itu dipercayai menjalinkan persahabatan dengan kedua-dua mangsa yang turut tinggal di situ bersama ibu bapa mereka sebelum melakukan serangan seksual ke atas mereka.

    “Dalam soal siasat terhadap remaja itu, remaja itu turut mengakui dia juga telah mencabul lebih 50 kanak-kanak lain sejak berusia 10 tahun di beberapa bandar di sini,” kata jurucakap polis, Ryan Railsback dalam satu kenyataan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Remaja "Anak" Syaitan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top