My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 5 August 2016

    Alphard, Vellfire Baru Diperkenal




    UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT), pengimport dan pengeksport kenderaan Toyota di Malaysia, memperkenalkan kenderaan pelbagai guna (MPV) premium menerusi Toyota Alphard serta Vellfire di sini, semalam.

    Kedua-dua model itu ditawarkan jaminan lima tahun dengan jarak kilometer tanpa had, selain menyediakan premis perkhidmatan selepas jualan yang luas bersama juruteknik terlatih.

    Biarpun model berkenaan memiliki persamaan bentuk, tema rekaannya berbeza di mana Toyota Alphard menerapkan konsep 'Berani Mengagumkan', manakala 'Keberanian dan Tidak Gentar' bagi Toyota Vellfire.

    Toyota Alphard ditawarkan dua varian dipadankan enjin 3.5 liter Dual VVT-i yang menyalurkan 271Ps dengan menggunakan transmisi automatik enam kelajuan. Toyota Vellfire pula hanya satu varian ditawarkan yang menggunakan enjin 2.5 liter Dual VVT-i padanan transmisi CVT dengan memiliki kuasa maksimum sehingga 180Ps.

    Harga bagi Toyota Alphard 3.5 dan Alphard 3.5 Executive Lounge masing-masing dijual pada RM419,900 serta RM519,900 atas jalan termasuk insurans. Model Toyota Vellfire pula berharga RM355,000 atas jalan termasuk insurans.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Alphard, Vellfire Baru Diperkenal Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top