Pengurus Manchester United Jose Mourinho berkata, kelabnya sedang berusaha menandatangani seorang lagi pemain dan mereka mempunyai banyak masa untuk berbuat demikian tetapi berharap dapat dilengkapkan sebelum musim Liga Perdana bermula pertengahan bulan ini.
Mourinho enggan mengesahkan pemain yang akan dibawa masuk ialah Paul Pogba kerana pemain tengah itu masih mempunyai kontrak dengan Juventus. Perlawanan pertama United musim akan datang adalah menentang Bournemouth pada 14 Ogos ini.
Bercakap kepada BT Sport pada pertemuan United-Everton dalam aksi testimoni Wayne Rooney, Mourinho berkata: “Kami akan mengikat seorang lagi pemain. Itu sudah pasti. Saya tidak mahu bercakap mengenai Paul kerana dia masih lagi hak Juventus.

United akan berdepan Leicester pada aksi Perisai Komuniti, Ahad ini sebelum bertandang ke Bournemouth untuk aksi pertama Liga Perdana, minggu berikutnya.
Setakat ini, Mourinho sudah membawa masuk Eric Bailly, Henrikh Mkhitaryan dan Zlatan Ibrahimovic sejak dilantik sebagai pengurus, awal musim panas lalu selain selalu berkata bahawa beliau akan membawa masuk pemain keempat. United dilaporkan sedia membayar £100 juta (RM539.8 juta) untuk mendapatkan Pogba.
0 comments:
Post a Comment